I AM WERE I AM

siti nur ateeqa
19 july 1992
kelantan
single

Total Pageviews

Followers

googlekn jer~~

sama-sama la kita laksanakannya

Nisfu syaaban dan kelebihannya

YA ALLAH syukur alhamdunillah YA ALLAH.. engkau panjangkan umur aku untuk hidup selama hampir 20 tahun ni.. untuk menikmati NIFSU SYAABAN kali ke 20 aku ini YA ALLAH. Jadi, marilah kita bersama-sama membaca yassin 3x pada malam ni. INSYALLAH..
Ini bermakna kita ada 15 hari lagi untuk mnyambut bulan ramadhan.. YA ALLAH sangat tak sabar~ 
Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh  malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Jadi, ini la masa sesuai untuk kita meminta ampun darpada ALLAH S.W.T dan berubah ke arah kebaikan.
Malam nisfu syaaban juga dikenali sebagai malam pengampunan.jadi apa lagi! Jangan la leka jgan la lalai untuk merajinkan diri bangun malam ni, melakukan solat sunat taubat dan sebagainya..
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Fadhilatnya
-   memperbanyakkan puasa sunat
-   membanyakkan zikir, doa dan berselawat keatas nabi MUHAMMAD S.A.W
-   bertaubat

itu sahaja pengetahuan cetek mengenai nisfu syaaban.. dan ada silap mengenainya sila perbetulkan ..

TERIMA KASIH..

No comments: