cara nk ke sna??
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah terletak di 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kedudukan UTHM adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke UTHM sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke UTHM.
cara ak nk blik
Perjalanan dari Batu Pahat - Air Hitam merupakan Jalan Persekutuan yang telah dinaik taraf dan juga merupakan laluan pengangkutan awam utama untuk sampai ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi, perkhidmatan tersebut boleh didapati di stesyen bas Batu Pahat, stesyen bas Kluang dan stesyen bas Air Hitam. Untuk mendapatkan khidmat penerbangan kapal terbang, ianya boleh mendapatkan khidmat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. Manakala perkhidmatan keretapi boleh diperolehi di Stesyen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kluang, Johor Darul Takzim.
TEMPAT2 best kat BATU PAHAT...
Dataran Batu Pahat
Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.

Tasik Y
Berhampiran Dataran Batu Pahat, terdapat sebuah tasik yang dahulunya merupakan bekas sebuah lombong dan dikenali ramai iaitu Tasik Y. Di kawasan tasik ini talah dijadikan sebagai taman rekreasi yang lengkap dengan prasarana taman permainan, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya. Di tasik ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Pada kebiasaannya penyediaan minuman ABC dan Yong Tau Foo merupakan menu popular dikalangan para pengunjung ke tasik ini. Di kawasan tasik ini juga menjadi pilihan para pengunjung dari kawasan berdekatan mahupun penduduk bandar Batu Pahat untuk melakukan riadah pada waktu petang saban hari. Pada setiap pagi hari Ahad, aktiviti yang biasa diadakan adalah senaman J-Robik sebagai pengisian kepada para pengunjung yang datang ke Tasik Y ini.

Pantai Minyak Beku
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit.
Pantai Punggor
Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing.
BP Walk
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Air Hitam
Pekan Ayer Hitam, di sini sering menjadi tumpuan pengunjung dari negeri lain apabila di pekan kecil yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan itu menawarkan pelbagai jenis produk seramik dan bunga plastik bermutu tinggi yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik. Selain seramik dan pelbagai barangan perhiasan rumah serta kelengkapan hantaran pengantin, Ayer Hitam juga memiliki kawasan pelancongan berasaskan pertanian dengan adanya pusat pertanian moden terbesar di negara ini.

Parit Raja
Sebagaimana yang diketahui umum, Pekan Parit Raja memang terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Memperolehi namanya, Parit Raja adalah bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.
SHOPPIM...
- BP Mall
- The Summit Parade Batu Pahat
- Pasaraya Carrefour
- The Store
Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.
Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.
No comments:
Post a Comment