Nisfu
syaaban dan kelebihannya
YA ALLAH syukur alhamdunillah YA ALLAH.. engkau panjangkan umur aku
untuk hidup selama hampir 20 tahun ni.. untuk menikmati NIFSU SYAABAN kali ke
20 aku ini YA ALLAH. Jadi, marilah kita bersama-sama membaca yassin 3x pada
malam ni. INSYALLAH..
Ini bermakna kita ada 15 hari lagi untuk mnyambut bulan ramadhan.. YA
ALLAH sangat tak sabar~
Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah
kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan
Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar
dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Jadi, ini la masa
sesuai untuk kita meminta ampun darpada ALLAH S.W.T dan berubah ke arah
kebaikan.
Malam nisfu syaaban juga dikenali sebagai malam pengampunan.jadi apa
lagi! Jangan la leka jgan la lalai untuk merajinkan diri bangun malam ni,
melakukan solat sunat taubat dan sebagainya..
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan
umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan
diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam
itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam
Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan
bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.
Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan
bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm
sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan
aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu
daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji
diriMu sendiri.”
Fadhilatnya
-
memperbanyakkan puasa sunat
-
membanyakkan zikir, doa dan berselawat keatas nabi MUHAMMAD
S.A.W
-
bertaubat
itu sahaja pengetahuan cetek mengenai nisfu syaaban..
dan ada silap mengenainya sila perbetulkan ..
TERIMA KASIH..