Kadang-kadang bila dah belajar kat
universiti, kita akan mengalami perkara yang sukar di jangka.. kelas yang
sangat jarang pergi, assignment sambil lewa dan dalam kelas main game, tetapi,
dapat A+ tapi kelas yang full tak penah miss kelas, assignment sampai tak tidur
malam nak siapkan, dalam kelas concentrated and focused takut-takut tak paham,
dpat D? Mmg susah dijangka kan? Sukar nak paham? Tiap-tiap malam di pikirkan
apa kriteria pemarkahan dia ha? Ikut apa? Suspicious sangat.
Tapi, bila dah tidur bagai nak rak, tengok
movies sminggu sepanjang study week, malam nak exam pun tengok movies, keja
gossiping je hari-hari, hari-hari dating, hari-hari gayut, hari-hari keluar,
kelas mmg bau pun jarang macam mana boleh dapat result yang lagi best daripada
orang yang study lebih skit dripada mereka.. at first mungkin kita akan fikir
msti budak ni GENIUS kan? Tapi pikir dua kali, tak kan la segrup GENIUS..selama
ni markah lebih kurang je.. tetiba masuk sem 2 jadi genius tetiba.. MAGIC..!
okay, kali ni aku memang terkilan sampai aku tak tegur mereka,okay, memang
betul, duk u ni kena banyak LINE, line tu macam banyak kawan TAPI for benefit..
tu maksud aku.. aku bukan seorang yang macam tu.. bila kawan, aku akan kawan
dan tak smpai hati nak gunakan mereka..tapi sesetngah orang dia boleh nak
gunakan.. bila dah ada kawan macam ni, sbnrnya snang la hidup mereka.. text ke
call ke msti dapat apa kita mahu.. bila nak benda mula lah baik dgan kita..
bila kita dah tak berguna, pandang kita pun tak mahu.. orang ni macam-2 kan..
bila dah banyak ‘LINE’, msti banyak soalan bocor kan? Itulah aku maksudkan..
bila dah ada soalan bocor, rajin-rajin la kongsi.. ilmu jangan kedekut.. tapi
kenapa tak boleh kongsi dan simpan sesama sendiri?.. okay, aku ni sbgai kawan
dan jugak orang terdekat, baik hati nak kongsi apa yang aku dapat lalu aku cakap
la kat mereka-mereka ni.. tapi pada suatu hari, bila dah syak sesuatu dari
mereka, aku pun jadi macam sangat JAHAT *syaitan jahat hasut* supaya tak payah
bagitahu.. so, aku ikut sahaja.. hahaha! Mungkin aku agak tak pandai simpan
barang aku, sbb aku suka selerak kan atas meja dan tinggal merata-rata di
kawasan aku, mereka mnjumpai nya dan alasan mereka, nak compare dengan yang
mereka punya? Compare? Ini bermakna kau dah ada la? Sangat terkilan perasaan
aku masa tu.. *cehhhh* .. okay, mungkin bagi mereka nak kena ada dua pihak yang
memberi baru adil. *POSITIF!* tapi logikkah? Sekurang-kurang nya tanya la, ada
ke soalan bocor ke? Nak kongsi ngn kiteorng? Aku ada ni, kalo nak tengok boleh
la.. itu la aku slalunya.. tapi kenapa mereka tak boleh buat macam tu? Aku selalu
cakap and tak mention kat sesiapa Cuma cakap sorang-sorang dan kuat-kuat “ADA
ILMU TU KONGSI MUNGKIN ITU LEBIH AFDAL DAN BERKAT RASANYA.. SIMPAN PUN ILMU
KITA TU BUKAN AKAN BERKURANG BAHKAN LAGI BERTAMBAH’
Munkin ini la realiti kehidupan dekat
UNIVERSITI.. hidup kena licik dan tak perlu study hard pun sangat.. kena
LICIK,, itu je nasihat aku.. kena ada kawan yang kawan dngan banyak orang..
tapi kawan jika ada keperluan sahaja.. itu je.. mungkin bila masuk TAHUN DUA ni
aku nak try? Mungkin.. kena dating dan kapel dengan SENIOR and at the same time
cheating dngan orang lain.. MAYBE.. hahahha!.. apa perasaan kita bila kawan
paling dekat buat macam tu dekat kita? Sakit hati maybe.. mungkin sebab itu la
aku rasa amat down masa FINAL hari tu.. rasa banyak sangt benda nak pikir
sampai aku tak larat nak tanggung.. dan sampai aku menangis! Serius. bila dah
dewasa ni, kehidupan kita di penuhi dengan macam-macam masalah dan kita akan
rasa masalah tu tak penah surut dan semakin bertambah-tambah..
INSYALLAH, semester depan aku berharap yang
terbaik untuk aku dan masa untuk aku berubah ! tak mahu lagi study hard tapi
apa yang dapat ZERO.. rajin pegi kelas tak penghabisan nya ZERO.. kena SMART
itu yang TERBAIK.. aku tak mahu lagi mengecewakan mak bapak aku. INSYALLAH YA
ALLAH!